icon

#1 Cake Delivery Service In Malaysia

#1 Cake Delivery Service In Malaysia

  • love icon Cakes made with love
  • 5 star review 4.8/5.0 Based On 6,913 Reviews
  • phone icon +60 111 700 0689 (Mon-Sun, 9am-6pm)
search

December 09, 2020 2 min read

Dengan Tahun Baru semakin menghampiri dan wabak Covid yang masih mengancam kesihatan semua, pastinya sambutan Tahun Baru dengan seisi keluarga di rumah adalah cara yang terbaik dan paling selamat. Tetapi anda mesti tertanya bagaimana sambutan ini boleh dimeriahkan lagi dan menambahkan kemanisan kasih keluarga sambil duduk dirumah?

Kami mencadangkan anda cuba memulakan Tahun Baru ini pada nota yang manis dengan kegemaran semua iaitu kek coklat! Tetapi kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk belajar cara-cara membuat kek yang begitu susah. Bagi kami, kek lebih lazat bila ia boleh dibuat dengan mudah sekali. Oleh itu, kami mempunyai resepi yang ringkas lagi enak. Dan yang terbaik, ia boleh dibuat dalam satu mangkuk!

Bahan – bahan

2 cawan gula putih

1 ¾ cawan tepung gandum

¾ cawan serbuk koko tanpa gula

1 ½ sudu teh serbuk penaik

1 ½ sudu teh soda bikarbonat (baking soda)

1 sudu teh garam

2 biji telur

1 cawan susu

½ cawan minyak sayuran

2 sudu teh esen vanilla

1 cawan air panas yang mendidih

Cara – cara memasak

Langkah 1

Panaskan oven dahulu kepada 350 darjah F (175 darjah C). Gris dan serbukkan 2 loyang bulat 9 inci.

Langkah 2

Dalam mangkuk besar, campurkan gula, tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Tambahkan telur, susu, minyak dan esen vanila, lalu kacau selama 2 minit mengguna mixer pada kelajuan sederhana. Kemudian, kacau adunan diatas air yang mendidih sampai sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.

Langkah 3

Bakar kek selama 30 hingga 35 minit dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, sampai kek sedia. Kek boleh diperiksa dengan dicucuk dengan lidi/pencungkil gigi. Biarkan loyang menyejuk selama 10 minit sebelum meletakkan ia atas wire rack untuk sejuk sepenuhnya.

Kami pasti anda akan menggemari resepi kek coklat ini yang begitu senang dan terjamin lazat!

Namun jika anda ingin senang lagi, kami mempunyai pelbagai pilihan kek coklat yang menyelerakan dan boleh disampai dalam hari yang sama di Klang Valley dan Penang. Dengan itu, anda boleh berehat dan bergembira dengan seisi keluarga sempena sambutan Tahun Baru sambil kami memeriahkan dan menambah kemanisan sambutan anda dengan kek kami.



Also in The Cake Blog

Shop Our Sharing Platters_sharing-platters
Top 10 Most Beautiful Picnic Places in KL

March 07, 2025 6 min read

Families and friends are taking over parks and lakes but fear not! - we’re here to suggest more beautiful places to go. Pack your picnic basket and fleece mat, it's time to head on out to one of these places!
Continue reading
The Perfect Cake For Each MBTI Type
The Perfect Cake For Each MBTI Type

February 19, 2025 6 min read

MBTI or the Myers Briggs Type Indicator states that there are 16 types of personalities in this world - now whether you're an ENTJ, INFP or something completely different - there's one thing we're sure of, and it's that you definitely love cake! But what kind of cake? We're here to tell you the perfect cake pick for each of the 16 MBTI types!
Continue reading
Christmas Cake Ideas
Christmas Cake Ideas

November 08, 2024 3 min read

Continue reading