icon

#1 Cake Delivery Service In Malaysia

#1 Cake Delivery Service In Malaysia

  • love icon Cakes made with love
  • 5 star review 4.8/5.0 Based On 4,776 Reviews
  • phone icon +603 3099 4380 (Mon-Sat, 9am-6pm)
search

Kek Birthday

Istimewanya hari jadi

Hari jadi, peristiwa sekali dalam setahun yang memberi makna tentang pencapaian dalam kehidupan, adalah masa yang patut diluangkan bersama orang yang tersayang. Selain daripada perhimpunan yang penuh keceriaan (sama ada di atas talian ataupun tidak), setiap sambutan hari jadi adalah tidak lengkap jika tidak mempunyai kek hari jadi serta tiupan lilin. Walaupun yang dewasa mempunyai kecenderungan terhadap kek yang tersendiri, rata-rata kita boleh beranggapan bahawa kek hari jadi kanak-kanak sememangnya lebih menarik. Tidak kira jika ianya untuk perempuan atau lelaki, terdapat banyak kek yang sungguh cantik dan lazat, seperti kek Mickey Mouse, kek Spiderman, kek Baby Shark, kek Cocomelon dan juga kek dinosaur.

Kita semua pasti telah melihat banyak buatan kek yang hebat di media sosial, dan kita tahu kewujudannya, tetapi mencari pembuat kek yang boleh mereka kek hari jadi adalah satu proses yang sungguh leceh kerana ianya mungkin memakan masa yang lama. Apatah lagi kesusahan untuk mengambil dan menyimpan kek tersebut jika anda tidak memilih penghantaran kek atas talian - menjadikan kejutan hari jadi anda lebih rumit daripada yang disangka! Namun, kita masih ada harapan, kerana CakeRush bersedia untuk menyenangkan proses penempahan kek hari jadi anda yang seterusnya!

 

Pelbagai pilihan kek yang menarik dan perkhidmatan yang terbaik

Tidak kira apa pilihan anda, CakeRush pasti boleh memenuhi keperluan anda demi sambutan hari jadi yang penuh meriah! Hanya layari pilihan-pilihan kek hari jadi yang lazat termasuk kek buah, kek coklat, kek lobak dan banyak lagi. Kek vegan juga tersedia di dalam CakeRush. Jika anda adalah seorang yang gemar sesuatu yang baharu, kami sarankan anda untuk mencuba brownies, kek cawan dan juga kek unicorn untuk memeriahkan lagi sambutan anda.

Selain kepelbagaian kek, CakeRush juga menawarkan kualiti yang tiada tandingan. Senarai rakan kongsi kami yang sentiasa berkembang ini adalah terdiri daripada pembuat kek berpengalaman yang amat bangga terhadap reka ciptanya. Setiap tempahan yang dipenuhi telah diperbuat dengan penuh perhatian dan kasih sayang - membuatkan kek hari jadi anda lain dari yang lain untuk sambutan hari jadi yang unik dan tersendiri!

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih menarik untuk sambutan anda, kami menawarkan beberapa add-ons yang boleh melengkapkan lagi kek anda! Layari semua pilihan comel kami, seperti topper kek, belon, lilin bunga api, party poppers, Ferrero Rocher dan mainan anak patung lembut. Pendek kata, jika anda mahukan kek dinasour bersama dua lilin bunga api, CakeRush boleh merealisasikannya! Sudah pasti ianya akan menambahkan lagi keriangan sambutan hari jadi anda, tidak kira kek itu untuk seorang lelaki, perempuan ataupun yang dewasa!

Sambutan hari jadi kini lebih mudah di Lembah Klang dan Pulau Pinang

Jadi, jika anda sedang merancang kejutan kek hari jadi dalam masa terdekat, sila layari laman web kami dan kami akan membantu anda untuk mencari bakeri yang paling sesuai di CakeRush. Untuk pengetahuan anda, semua rakan kongsi kami menggunakan bahan-bahan yang diperakui halal untuk semua kek-kek mereka, supaya kek hari jadi anda boleh dinikmati oleh semua pelanggan, tidak kira bangsa ataupun agama.

Kami juga telah memudahkan lagi proses penempahan kek dengan memaparkan kek kategori supaya anda boleh memilih jenis kek yang anda mahu dengan beberapa klik. Setiap laman kek kami juga mempunyai testimoni dari pelanggan yang lepas untuk memberikan anda keyakinan untuk mempercayai kami dengan penghantaran kejutan istimewa anda.

Di CakeRush, kami sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, kami sedang memperluaskan lagi kawasan penghantaran kami di Lembah Klang dan Pulau Pinang untuk memberikan anda keceriaan di setiap majlis hari jadi. Setelah anda memilih tarikh, slot masa dan mesej peribadi, para pembuat kek kami akan mula menyediakan tempahan anda supaya anda boleh terus fokus untuk menguruskan butiran majlis hari jadi yang lain, tanpa perasaan bimbang terhadap kek hari jadi anda.


Penghantaran pada hari yang sama untuk kek hari jadi

Kek hari jadi yang dihantar tepat pada masanya boleh memberikan kesan yang mendalam kepada penerima. Ini kerana kek itu bukan sekadar hadiah hari jadi, tetapi juga tanda bahawa ada individu di luar sana yang menyayangi anda dan kerap memikirkan tentang perasaan dan kesejahteraan anda. Pendek kata, jika ada kek hari jadi, semuanya akan OK!

CakeRush juga tahu betapa pentingnya saat-saat istimewa ini dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kami menawarkan penghantaran pada hari yang sama untuk semua tempahan kek hari jadi yang dibuat di laman web kami sebelum pukul 3 petang setiap hari.

Order kek birthday girl !!